Wednesday, May 5, 2010

Tokio Hotel Concert :)


Dulu dulu sekolah sorang minah pendiam ni aku kenal dari kawan aku iaitu mat penang (bukan nama sebenar) nama dia fara kaulitz (bukan nama sebenar jugak ye). Aku kenal pun melalui myspace. Aku tak pernah nampak pun minah ni dekat sekolah. Tau tau dia padahal baru masuk sekolah tu haha. masa tu aku dengan mat penang dan kawan kawan seantaro nakal layan gig lagi mase tu. si minah bernama fara kaulitz ni punya myspace aku tengok agak menakut kan lah jugak sebab ada banyak gambar bill kaulitz (vokalis band tokio hotel) mana tak takut. Dengan eye shadow nya lagi. dengan mascara nya lagi. aku ada jugak ajak minah ni pergi gig. Ajak macam nak taknak je sebab sahaja nak berbahasa lah kata kan cewah haha. dia ni agak nerd jugak lah kan sebab kawan dengan arina ayuni lah hapelah itu lah ini lah. Memang dia ni kena cop nerd dengan aku.

Aku ada lah jugak chat dengan minah ni dekat myspace. Tapi kat sekolah tak bercakap sebab dia ni macam menakut kan je aku tengok haha. tak lah. Dia ni masalah nya diam je. Tu aku tak cakap. Tak lama kemudian dia kata dia suka band tokio hotel. Masa tu aku tak berapa kenal sangat dengan band dari german ni. Yelah german wehh. Mana aku nak tau band ape ade. Dengan bahasa si hitler tu lagi. tak kan aku nak faham lagu dia. masa tu aku minat arctic monkeys, second combat ape jadah tu semua. Aku kata lah dekat dia layan lah lagu second combat. Dia kata best lah jugak tapi dia tetap dengan tokio hotel dia. dia suruh aku dengar band tu. aku dengar, ya Allah dah macam gay. Dengan muka vokalis dia yang macam perempuan tu. first aku tengok memang aku cop si vokalis dia perempuan tapi kenapa takde breast?? Tu jadi tanda tanya. Aku tanya lah dekat si fara ni. Dia kata tu laki. Aku pelik gila. Tak kan aku ni gay kot haha. sumpah muka dia cantik gila gila gila lah. Dengan style yang feminine (betul ke eja dia? haha bedal) tapi aku kata lah kat fara ni yang lagu dia tak sedap sangat. Yelah dengan bahasa german nya lagi memang tak lah. tapi si tokio hotel ni memang ada satu album english. Lagu dia slow lah. aku tak boleh layan sangat. Aku memang tolak tepi tokio hotel ni.

Fara pernah kata. Kalau tokio hotel ni datang kl pun dia sanggup pergi. Dalam hati aku ada ke band german nak datang sini haha. sekali dah lama aku tak contact budak budak ni sejak masuk college ni tiba tiba aku ada nampak banyak magazine interview,preview dan banyak lagi pasal band tokio hotel. Dan tak lepas tu aku perasan dekat rock corner the curve ada tunjuk poster concert tokio hotel. Biar betul sial. aku try jugak contact minah yang gila gila kan tokio hotel ni. Memang betul fara pun kata yang tokio hotel nak datang malaysia awal bulan 5. Dan kebetulan masa tu tokio hotel baru buat album baru. Dan album english kedua diorang. Aku try lah dengar dekat youtube. Aku tengok yang views paling banyak je haha. tengok World Behind My Wall paling banyak. pehh lagu dia memang terbaik lah sial. muzik dia semua memang dah matang. Bukan macam zaman sekolah diorang lagi haha. so fara ajak pergi konsert tu. aku malas sebenarnya. Fara kata, kalau beli album baru dia ni dapat tiket free masuk konsert dia. dan album tu rm30 je. Aku pun beli lah. sekali beli jatuh cinta pulak dengan lagu lagu diorang ni. Senang kata 80% lagu lagu dalam album tu best kesemuanya. Aku pun decide untuk pergi konsert tu.

Fara pergi konsert tu dengan huzat. Si fara ni punya minat dengan bill kaulitz dia pun buat lah rambut macam bill. Dan fara ni masuk comp meet and greet with tokio hotel. Dia menang sebab rambut dia macam bill haha. dia dapat 2 tiket free. Tu yang dia bawak huzat. Bagus jugak bawak huzat. Tak lah aku rasa awkward gila dengan si fara junior sekolah aku tu hehe. So konsert tu berjalan lancar. Memang best gila. Aku pulak memang tak nak dah pergi konsert atau gig. Entah macam mana boleh sangkut dengan si tokio hotel ni haha. yang pergi konsert tu memang senang kata 70% budak perempuan. Semua nya minat bill tu. padahal aku tengok macam perempuan je bill tu. dan budak laki yang datang tu pun kebanyakan nya lembut. Aku tak lembut heh haha. tapi aku ngaku yang bill tu memang cantik muka dia. muka dia memang macam perempuan. Dan adik dia guitarist tokio hotel tu pun handsome jugak. Ahh dah dah aku macam gay dah. Pape hal pun Tokio Hotel memang ter baik

*(Ŧ) haha

No comments: