Wednesday, May 5, 2010

abah masuk ward -__-"


Abah saya umur 63tahun. Abah awak?


pukul 3 pagi


Kawan kawan abah datang. Terima kasih pakcik pakcik yang kata dekat bapak saya ada nurse sendiri huhu

Aku tengah final exam tak silap time tu. abah call kata abah nak masuk hospital. Eh bukan abah nak. Tapi memang dah kena masuk hospital hehe. Abah hari tu dia mengadu sakit dada dekat hospital sultanah aminah johor bahru. Lepas dah buat ECG. ECG tu nampak tak berapa okay. So abah kena tahan untuk buat engiogram. Nak lihat apa masalah dekat jantung dia. so lepas final exam yang tak tau confirm ke tak cuti tiba tiba dapat tau cuti. So aku terus balik jb. Hari sabtu aku balik jb time tu. abah kena tahan ward hari selasa. So mak dan abah cakap tolong jaga abah. So aku tak kesah lah. Abah doh! Bukan sape haha. dalam pukul 12md macam tu aku,abah and mak bertolak pergi hospital. Kawan abah yang hantar. Abah tak bawak kereta. Takut hilang kat hospital. Haihh kalau aku ada lesen kereta tak pe lah jugak. Masalah nya aku terlalu muda untuk ada lesen kereta cehh padahal malas nak amik haha.

abah terus addmit dekat ward tu dalam pukul 1pm macam tu. staff nurse dekat situ kata abah dah boleh buat pembedahan engiogram tu dalam sekejap lagi. lepas aku and mak pergi solat zohor tengok abah dah pakai baju bedah. Muka abah dah macam takut je. Tunggu punya tunggu punya tunggu lama pulak. Dah masuk asar. Aku dengan mak pergi solat asar dulu. Lepas solat asar tengok abah dah keluar dari bilik pembedahan. Aku tengok muka abah macam lain je. Aku tunjuk ibu jari aku *thumbs up* abah angkat tangan dengan senyum sinis dia. aku dah rasa macam lain je. Mak terus tanya, “abah macam mana?” abah kata, “mak,ada 2 tersumbat” . mak terus nangis. Aku pun macam nak nangis. Tapi cover cover lah. Padahal tak tau dada dah sebak macam ape huhu. Abah tak boleh gerak dalam 6 jam macam tu. kawan kawan abah ada jugak yang datang lawat masa petang tu. mak kata mak nak balik jaga rumah naik teksi. Nasib baik kawan kawan mak ngn abah ada datang boleh tumpang diorang. So mak kata, “yai kau jaga abah sampai esok boleh? Kau jaga lh abah kalau abah nak kencing ke ape”. Aku pun kata takpe lah. Nak jugak rasa ‘hantu’ dekat hospital ni haha. mak ngn kawan kawan abah semua dah balik. Mak salam abah pun dah nangis. Aku salam mak macam nak nangis gak rasa. Tapi lek lek sudah buat cover cover macho hehe.

Boring nya duduk dekat hospital memang tak boleh blah la sial. Patut lah pesakit dekat hospital aku praktikal asyik sebuk nak balik je haha. Aku main psp sampai mampos dah psp. Pastu tak tau nak buat ape dah haha. berbual lah dengan abah pasal college,hostel,awek ape semua haha. tiba tiba ada nurse ni menyelit pulak kata bapak aku dah boleh gerak dah dalam pukul 11pm macam tu. dah pukul 11pm mcm tu aku kata dekat bapak aku, “bah,boleh gerak dah. Taknak tukar baju ke ape?”. Bapak aku kata,”sekejap lah dalam pukul 11.30pm ke”. Aku pun relax jela dengar kata bapak aku. dah pukul 11.30pm, bapak aku kata jap lagi lah pukul 11.45pm haha. sah sah aku ni ikut bapak aku penakut sikit haha. tapi aku ni penakut banyak. Akhirnya bapak aku bergerak jugak haha. pergi lah tandas pe semua. Dah pukul 1am macam tu abah kata abah nak tidur. Attendent dekat situ pun dah tutup lampu. Bapak lah gelap gila. Aku pun lepak lepak dekat luar sorang sorang sambil bergayut dengan amirul dalam telephone bapak aku haha. yang aku tak boleh blah nya ada sorang minah ni mintak tolong amik ape ntah dekat dalam kereta dia. aku tak macam takut pulak. Pastu dia kata takpe lah tak jadi. Terus aku masuk dalam ward haha. aku tak tidur jugak lah sebab bapak aku asyik nak kencing je. So aku kena lah amik urinal untuk bapak aku. esok nya dalam pukul 12md dah boleh balik. aku ngn abah balik naik teksi yang bawak laju nak mampos. Bodoh punya driver teksi. Bapak aku ada sakit jantung lah bodoh.

Emm kalau mak bapak kita dah sakit baru lah kita terhegeh hegeh nak jaga ape semua. Bila diorang mintak tolong amik cermin mata dalam bilik pun kita kata jap, jap, jap. Malas lah. Diorang dulu jaga kita mase kecik takde pulak kata malas aku nak tukar pampers kau. kau tukar sendiri haha.

Aku rasa kesal masa aku dulu sekolah, dan zaman nakal nakal aku tak hargai masa dengan mak bapak aku. sebab bila bila je Allah nak amik nyawa diorang boleh. Time tu baru lah kita jadi macam orang gila an. Selagi mak bapak aku ada ni aku kena hargai diorang dan takde nak kata jap jap lagi hehe.

*orang pertama aku suap makanan ialah NorAfifah (dia ni tak ada sakit pun),orang kedua ialah Mohd Azmi (pesakit orang asli dekat tempat aku praktikal dulu),orang ketiga ialah bapak aku sendiri J

2 comments:

mimiecomel said...

abah kaw ok x yai ?

ayai said...

okay je mimie ;)