Friday, April 2, 2010

cinta dulu dulu

Dulu dulu aku nak girlfriend yang cantik tak kira lah macam magen fox ke lisa surihani ke angelina juling ke tak kesah lah asal kan lawa,cantik,cute,sexy,mata bersinar sinar,bentuk badan memang ala ala model lah kan. Tak pun cuting yang stabil. Bukan 40-40-40 HAHA. tak fikir pulak yang nak jaga hati aku ke masa tu. sekali dapat lah sorang awek cute mute ni. Kenal dekat sekolah je. Kecik kecik je orang dia. memang tak payah nak kata lah surat cinta tiap tiap minggu berbalas pantun. Masa tu aku tak pakai phone lagi. Aku tak berapa nak suka handphone. Sebab ape aku tak tau lah. Maybe menyusahkan kot (sekarang pun menyusahkan jugak). Sekali macam mana lah boleh tiba tiba putus macam tu je. Masa ni lama jugak aku dengan dia. ingat kan sampai aku mati. Sekali ‘mati di tengah jalan’ haha. aku pun time tuh macam tak pergi pujuk dia dan jaga relationship aku dengan dia betul betul. Aku rasa time tu aku tak serious kot dengan dia. yela bila ajak jumpa aku tak berapa nak sangat. Malas lah ape lah. Agak nya aku tak berapa pandai sangat nak pergi dating pe jadah ni semua. Malu lah agak nya (cewahhh) haha. dalam berapa bulan macam tu aku nampak dia dengan laki lain dekat restoran ape ntah tak ingat. Dia couple dengan budak cina. Bukan budak tapi dah bekerja. Ada kereta semua lah kan. aku nampak je time tu aku terus maki (!@#$%^&*) dia dengan laki lain rupa nya. Memang sakit tak terkata lah kan hati aku time tu. sekarang aku tak tau kemana dia. dah lenyap dalam hidup aku. tak dengar langsung cerita dia. last aku nampak masa ambil result spm. (okay perempuan pertama dah selesai)

Selepas beberapa bulan aku single. Aku ada lah berkenalan dengan sorang minah ni. Kurus,cantik lah jugak,putih putih,nak kata sexy tak lah sexy sangat tapi boleh blah lagi lah kan. aku kenal dengan dia dari kawan aku. Kenal punya kenal. Kitorang jumpa. Dah jumpa, tiba tiba macam dua dua suka sama suka. Apa lagi couple lah. Tiap 2 minggu je keluar lepak,makan. Tengok wayang time tu jarang. Aku tak berapa minat tengok wayang dengan girlfriend. Aku lagi suka tengok dengan kawan kawan. sebab tengok dengan kawan kawan boleh gelak kuat kuat dan buat hal kan. Hmm hari hari call, hari hari text, hari hari berbalas comment dekat myspace. kalau aku ada hal je adalah voice mail yang dia hantar. Dan fikir aku ada perempuan lain. Aku tau dia sayang kat aku sebab tu dia risau kan (cewahh buat kali kedua) haha. So aku boleh blah lagi. Dalam beberapa bulan macam tu, dia kerap ajak jumpa. Kalau boleh tiap minggu jumpa. Dan time tu lah aku dah mula asyik tengok wayang dengan dia. aku tak berapa nak selesa sangat sebab tak dapat nak gelak gelak kuat. Terpaksa lah cover macho semua kan. dari situ aku dah mula bosan dengan dia. orang semua kata girlfriend aku cantik lah,perfect lah pe lah pada aku time tu dia macam dah takde apa apa. Ada hari tu aku nak pergi kuala lumpur sebab ada hal family. Aku cakap lah aku nak pergi KL. Dia cakap aku ada perempuan lain dekat sana sebab aku kerap pergi KL. Yelah dah ada hal family nak buat macam mana.’ KAU NAK KAHWIN DENGAN AKU KAU KENA KAHWIN DENGAN FAMILY AKU JUGAK’ aku cakap dekat dia. (cewah buat kali ketiga sebab baru form 3 dah fikir pasal kahwin) HAHA. aku cakap macam tu sebab dia terlalu penting kan diri sendiri dan terlalu mengongkong aku. masa tu aku buat bodoh je dengan message dia,call dia. sebab aku memang takde mood gila. Voice mail tak payah cakap lah berpuluh puluh. Macam macam jenis suara ada. suara lembut ada suara menangis teresak esak pun ada. nangis tu lah aku tak boleh tahan sebab kesian kat dia. aku pun mintak lah clash dengan dia sebab ape semua aku cakap dekat dia. dia tak boleh terima masa tu. voice mail macam biasa lah berlambak dia bagi. Call berderet deret. Message panjang bagai kan karangan bahasa melayu. Kalau 1,2 dia send karangan dia tu takpe. Ni berlambak kot. Lepas tu aku clash jugak dengan dia, dengan cara aman dan tenang melalui voice mail haha. aku ingat lagi dia bercakap dengan aku dalam phone sambil nangis. Satu haram aku tak faham. Bayang lah bila orang bercakap sambil teresak esak kan. kesian kesian. Sekarang dia belajar dekat uitm melaka kot. Ada lah jugak berhubung dengan dia melalui facebook ke,myspace ke,ym ke. Tapi memang masing masing macam nak taknak layan lah kan. dan aku dengar dia baru balik dari umrah. Sekarang dia pakai tudung aku tengok dekat facebook and myspace dia. alhamdulillah. (okay selesai perempuan kedua)

lepas aku couple dengan perempuan perempuan di atas aku ada lah jugak jumpa macam macam perempuan tapi semua nya perangai tak betul. Harap cantik pada paras rupa dan cantik di luar. Dalam memang hodoh bagai kan paris hilton. Tapi aku tak couple pun. Hanya kenal kenal je. Baru minat je, dah tau perangai terus tak jadi couple. Entah macam mana tiba tiba Allah buat aku tak suka dekat ciri ciri perempuan yang aku minat. Agak nya pengajaran mengajar aku jadi macam tu. selepas tu aku berjanji dekat diri aku yang aku tak kan cari ciri ciri perempuan yang macam dulu dulu aku nak. Bab bab cantik ke cute ke tu semua aku dah tak tengok. Cuting berapa pun aku dah tak kesah sangat (tapi macam size xxl aku taknak sebab susah nak cari baju dekat dia HAHA). sexy aku dah tak suka dah. Sebab bila aku keluar dengan girlfriend yang sexy orang tengok. Aku pun jelous haha (ala girlfriend pakai tudung pun kena tengok gak huhu). Girlfriend yang pakai tudung dan tutup aurat. Perangai pun elok. Sikap dia, style dia dan segala yang lebih dalam. Nerd ke ape ke aku dah takde hal. Lepas tu yang betul betul nak serious dengan aku. sayang aku betul betul. Jaga hati aku. tak sakit kan hati aku lagi. Nak relationship yang kekal lama dan sampai kahwin (cewah buat kali ke empat HAHA).

aku dah jumpa perempuan tu tapi........... aku tak tau nak cerita pasal ni. Sebab bagi aku sangat lah sensitive. Bagi dia pun mesti sensitive jugak. Time ni aku sangat lah sedih and macam down gila. 1001 harapan telah bagi tapi...... dah dah aku taknak cerita. Penat menangis dah.

Bagi aku benda benda ni sangat sangat lah bagi aku lagi cepat berfikir matang dan jadi lebih dewasa. Dan bagi aku, benda ni di ajar untuk biar aku jadi tak ego,tak main kan perasaan orang,fikir perasaan orang dulu baru fikir perasaan kita dan macam macam lagi. aku sangat berterima kasih pada Allah sebab benda benda ni semua nya ada hikmah nya. Aku harap selepas ni aku dapat yang betul betul perfect dari mata aku,keluarga aku,kawan kawan aku dan semua orang. Termasuk kepada Allah. aminn

*oleh kerana panjang cerita aku terpaksa besar kan sikit font dia. yela kang rabun salah aku pulak :P

2 comments:

azmy shafiq said...

yai,aku tawu dan kneal sgat smua manusia yg kaw critakn d atas.huu sedih siak bce.ak pn jd jiwang gk bce.rilek yai.pmpuan yg baik utk laki yg baik.klu kaw da jmpa jdoh kw n kaw rse ni mmg btol,insyaallh ada la tuh

Epaul Soda as Epul said...

ye yai.aq betol2 terharu pon ade and aq dpt ambik iktibar yg ko dpt lalui sumer tuh. Aq nih plak jenis susah nak ade pasangan girlfriend utk teman idop aq...ntah lar..mungkin 1 ari ade hikmah nye..walaupon skung nih aq stress sbub aq xde lagi girlfriend smpi skung..ye ar..nengok org ade teman istimewa..aq pon nak merasai jugak ape itu CINTA...