Friday, April 2, 2010

bila aku dah jadi jiwang HAHA

kalau korang memancing ikan. setelah ikan itu terlekat di mata kail, cepat cepatlah kau ambil terus ikan tu. janganlah sesekali kau lepaskan ikan tu semula ke dalam air macam tu sahaja. kerana ikan tu akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail korang dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah korang memberi banyak pengharapan kepada seseorang. setelah ia mula menyayangi kau, kau hendaklah menjaga hati dia. janganlah sesekali kau terus meninggalkannya macam tu je. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kau dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kau.

aku dah rasa dan ia sangat lah sakit. lagi sakit daripada cucuk jarum nak bagi ubat. tak tau lah kalau bab bab perasaan ni mesti sakit kat jantung (bukan hati, heart is jantung. hati is liver). agak nya memang dah macam tu Allah buat kan. sakit nya sampai ada yang jadi pendendam, pembunuh dan segala benda yang tak elok.

haihh jiwang sangat ni pehal -__-"

No comments: